utama

Timbang perkenal cukai soda - PM

Oleh Wartawan NSTP

KERAJAAN akan mempertimbangkan mengenakan cukai soda terhadap minuman ringan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi mengurangkan penggunaan gula dan sekali gus mencegah kencing manis di negara ini.

Katanya, jumlah pengidap kencing manis di negara ini sangat tinggi.

“Kami mendapati terdapat sesetengah orang mengambil enam hingga tujuh botol minuman ringan sehari yang mana ia tidak diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan dan Pameran Bandar Raya 4.0 dan Perniagaan 4.0 Antarabangsa di Kuala Lumpur, hari ini.

Disiarkan pada: August 27, 2018 @ 1:39pm
d