utama

Dah buang 'cyst'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON Siti Elizad selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst sebesar 8 sentimeter di sebuah hospital di Kuala Lumpur, hari ini.

Itu adalah kali kedua Elizad, 34, atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin menjalani pembedahan sama selepas kali pertama seberat empat kilogram pada 2015.

Pembantu peribadi Elizad dikenali sebagai Noor dihubungi berkata, pelakon drama Syurga Yang Kedua itu sedang berehat.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ejad (Elizad) masuk bilik pembedahan jam 8 pagi tadi dan selesai dua jam selepas itu.

“Sekarang, Ejad sedang berehat dan masih dalam pemantauan doktor. Apa pun, terima kasih atas doa semua,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi laporan akhbar ini semalam, Elizad memaklumkan akan berehat daripada berlakon sepanjang bulan ini.

“Insya Allah, saya akan kembali beraksi bulan depan. Maaf juga kepada yang saya tidak sempat jawab mesej dan panggilan,” katanya.

Elizad dimasukkan ke hospital semalam turut ditemani suami, Shamsul Baharin Rahman dan bapanya.

Berita berkaitan:

'Doakan pembedahan saya'

Disiarkan pada: September 6, 2018 @ 12:32pm
d