utama

'Dua hari tak berjalan...'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

BINTANG filem Hantu Kak Limah, Datuk Awie, 50, berdepan sakit misteri yang menyerang bahagian kakinya sejak tiga hari lalu.

“Dua hari pertama, saya terlantar di rumah dan tak dapat berjalan langsung kerana kedua-dua belah kaki saya diserang rasa sakit.

“Semalam, keadaan dah okay sikit dan saya pun sudah boleh berjalan dengan menggunakan tongkat,” katanya kepada Harian Metro.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata sewaktu ditemui di Malam Together-gether Hantu Kak Limah (HKL) berkata, dia sudah membuat pemeriksaan di hospital.

“Saya dah pergi ke hospital dan ambil ubat. Tapi, hasil tetap sama. Tapi tak mengapa, saya anggap ini satu lagi cubaan untuk saya,” katanya.

Awie mengakui sakit itu sering datang dan pergi sejak hampir 14 tahun lalu.

“Kadang-kadang, bila kita terlalu leka dan tidak beringat, ‘penyakit’ akan datang dan menyerang. Kalau kita terlalu gembira pun tak boleh juga sebab dia akan datang balik,” katanya.

Dua tahun lalu, sakit sama menyerang ketika melakukan persiapan untuk pementasan teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang.

Ditanya sama ada penyakit itu dikaitkan dengan hasad dengki orang lain, Awie enggan mengulas lanjut.

Disiarkan pada: September 6, 2018 @ 2:39pm
d