utama

Koma akibat dipukul, dibakar...

Oleh Muhammad Mustakim Ramli

PENIAGA dalam talian bukan sahaja dipukul, malah turut dibakar pada bahagian muka dan kiri badan dalam kejadian di Jejawi, Kangar, hari ini.

Mangsa berusia 30 tahun berasal dari Kuala Perlis melecur teruk dalam kejadian jam 4.45 petang itu.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan yang dibuat sendiri oleh bapa mangsa.

“Berdasarkan maklumat, lelaki berkenaan mendakwa anaknya dipukul dan mukanya melecur akibat terbakar di tepi jalan di Jejawi.

“Mangsa dikatakan pulang ke rumahnya di Kuala Perlis selepas dipukul, sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menerima rawatan,” katanya, ketika dihubungi.

Nanda berkata, kes berkenaan masih disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

“Kita masih belum menerima laporan penuh kejadian itu kerana mangsa masih tidak sedarkan diri.

“Mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Disiarkan pada: September 9, 2018 @ 9:36pm
d