utama

Dua penculik temui ajal

Oleh Junaidi Ladjana

PASUKAN keselamatan menembak mati dua penjenayah disyaki anggota kumpulan penculik di sebuah pulau di perairan Kunak di pantai timur Sabah, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, pasukan keselamatan turut menemui dua laras senjata api disyaki milik dua suspek terbabit.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak, 10 pagi hari ini.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: September 21, 2018 @ 8:45am
d