utama

Naim tak letak harapan

Oleh Michelle Gun

JIKA single sulung Sekali Lagi bertemakan kasih sayang sesama keluarga, Naim Daniel tampil mempertaruhkan lagu baharu Sempurna yang mengetengahkan masalah kurang keyakinan diri.

Bertuahnya, baru sehari muat naik di YouTube, Sempurna yang dihasilkan Naim bersama Omar K dan Adib Hamdi sudah tular. Sebelum itu, Sekali Lagi mencatat pencapaian baik apabila ditonton lebih sejuta kali dalam tempoh dua minggu di YouTube.

Walaupun permulaan video memaparkan maklumat mengenai kes bunuh diri, Naim yang juga pelakon menjelaskan Sempurna bukan berkisarkan kemurungan.

“Lagu ini lebih menjurus kepada masalah keyakinan diri seseorang untuk puaskan hati individu lain.

“Saya mahu lagu ini menjadi inspirasi kepada individu yang berdepan masalah sedemikian supaya mereka boleh melawan perasaan itu,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, baru-baru ini.

Anak seni berusia 21 tahun ini tidak meletakkan harapan tinggi untuk Sempurna kerana bimbang kurang menepati cita rasa pendengar.

“Kejayaan sesebuah lagu terletak dalam tangan pendengar. Alhamdulillah, mereka suka lagu ini sekali gus menandakan pendengar faham mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat.

“Apabila menghasilkan lagu, saya perlu fikir mesej serta tema yang boleh menjadi siulan pendengar,” katanya.

Sepanjang 13 tahun menceburi bidang seni, penuntut Diploma Pengajian Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Ala m ini berkata dia tidak pernah mengalami kemurungan

namun pernah melalui tekanan.

“Setiap artis pasti pernah melalui tekanan kerana setiap orang ada masalah sendiri.

“Saya pula, tekanan datang disebabkan sentiasa mahu puaskan hati orang sekeliling,” katanya.

Disebabkan dirinya jenis suka berahsia, pelakon filem Bisik Pada Langit itu berkata tekanan dihadapi kurang diketahui keluarga.

“Sewaktu baru menceburi bidang nyanyian, saya rasa sangat sedih dan kurang yakin diri.

“Bila bangun setiap pagi, badan rasa berat dan saya terus fikir apa nak buat pada hari itu.

“Tambahan pula, sekarang sukar mendapat tempat dalam industri muzik kerana lambakan penyanyi baharu,” katanya.

Keadaan itu berlanjutan lama sehingga berat badannya susut 15 kilogram.

“Saya kurang gemar berkongsi masalah dengan orang lain. Namun, sikap seperti ini sebenarnya

kurang elok.

“Lebih baik bercerita masalah dengan keluarga atau rakan kerana cara itu membantu meringankan beban dipikul.

“Saya ada rakan yang berusaha melawan kemurungan dan bukan mudah baginya menangani

masalah itu,” katanya.

Mengenai karier lakonan pula, Naim mendedahkan mahu berehat seketik untuk memberi tumpuan

sepenuhnya terhadap nyanyian.

Walaupun ada tawaran berlakon, anak seni berbakat besar itu nekad mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik. Baginya, sudah tiba masanya dia melebarkan bakat dalam bidang lain selepas mencanai bakat sebagai pelakon sejak usia lapan tahun.

Di sebalik manis bergelar insan seni, Naim ada beberapa pengalaman kurang enak sewaktu menuntut di sekolah rendah.

“Di sekolah saya sering dipandang rendah guru dan rakan kerana mereka menganggap pelakon kerjayatidak bagus.

“Lebih teruk, ada yang mendakwa wang hasil titik peluh saya haram,” katanya.

Biarpun kecewa mendengar kata-kata itu, Naim tetap meneruskan kariernya kerana mahu membantu keluarga.

“Mujur saya sudah tidak perlu berdepan situasi itu selepas masuk sekolah menengah,” katanya.

Disiarkan pada: September 30, 2018 @ 5:00am
d