utama

[UPDATE] Serpihan pesawat ditemui - BASARNAS

Oleh Agensi

AGENSI Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BASARNAS) menerima laporan bahawa pegawai kawalan trafik udara terputus hubungan dengan pesawat Lion Air dari Jakarta sejak pagi hari ini.

Pesawat berkenaan sedang dalam penerbangan ke Pulau Pangkal Pinang di Bangka Belitung, Sumatera.

Pegawai di Tanjung Priok, Utara Jakarta, Suyadi memberitahu The Jakarta Post, beliau dimaklumkan jam 6.45 pagi (waktu tempatan) berhubung penemuan sebuah pesawat oleh bot tunda, AS Jaya II yang disyaki milik Lion Air di Tanjung Bungin di Karawang, Jawa Barat.

“Kami mendapati hubungan sudah terputus dengan pesawat Lion Air sejurus selepas ia meninggalkan Jakarta.

“Pada jam 7.15 pagi (waktu tempatan), bot tunda melaporkan menemui serpihan pesawat di lokasi kejadian,” kata Suyadi menambah pihaknya masih belum menerima laporan mengenai penumpang dalam pesawat itu, setakat jam 9 pagi.

Dua lagi kapal, terdiri daripada kapal tangki minyak dan kapal kargo yang berada berhampiran juga sedang menuju ke lokasi kejadian, katanya sambil memberitahu, sebuah bot penyelamat milik BASARNAS juga digerakkan ke lokasi.

Maklumat yang diperoleh oleh Jakarta Post menyatakan pesawat Lion Air 610 itu berlepas dari Jakarta jam 6.20 pagi (waktu tempatan) dan terputus hubungan 13 minit kemudian.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan dipercayai membawa 188 penumpang dan anak kapal.

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Disiarkan pada: October 29, 2018 @ 12:40pm
d