utama

Pertama 'lawat' suria

Oleh AFP

FLORIDA: Kapal angkasa Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), Parker Solar Probe, yang dilancarkan baru-baru ini, berjaya mencatatkan rekod terbaru, apabila menjadi objek pertama buatan manusia paling hampir dengan di matahari.

“Kapal angkasa ini berjaya melepasi rekod semasa, iaitu 42.73 juta kilometer dari permukaan matahari pada 29 Oktober 2018, kira-kira jam 1.04 malam (waktu tempatan).

“Rekod terdahulu pernah dicatatkan oleh kapal angkasa milik Jerman-Amerika Syarikat Helios 2 pada April 1976,” kata NASA dalam satu kenyataan.

Sementara itu, kapal angkasa tanpa pemandu bernilai AS$1.5 bilion (RM6.2 bilion) itu dilancarkan pada 12 Ogos lalu, dengan misi strategik untuk meneroka rahsia ribut solar yang berbahaya.

Sasarannya adalah untuk membuat 24 lintas terbang melepasi matahari.

Parker Solar Probe dijadualkan bertembung dengan matahari buat kali pertama hari ini.

Disiarkan pada: October 31, 2018 @ 6:30am
d