utama

'Tak tahan tengok perempuan seksi'

Oleh Fitri Nizam

PEMUNGUT sampah ditahan kerana menunjukkan kemaluan kepada wanita di luar pagar sekolah di Kuala Terengganu, semalam.

Tindakan tidak senonoh lelaki itu disedari pengawal keselamatan dan beberapa orang awam yang berada berhampiran, lalu menahan suspek berusia 25 tahun sebelum diserahkan kepada polis kira-kira 9 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, lelaki berkenaan dilaporkan sudah tiga kali melakukan perbuatan sama di sekolah berkenaan hingga mengundang kebimbangan orang ramai.

Bagaimanapun katanya, suspek akhirnya berjaya ditahan ketika menunjukkan kemaluannya sambil melakukan perbuatan tidak senonoh di tepi kereta dinaiki wanita yang juga ibu kepada murid di sekolah berkenaan.

“Ketika kejadian, wanita itu berada di dalam kenderaannya bersendirian sebelum menyedari kehadiran seorang lelaki yang sedang memerhatikannya sambil membuat perbuatan tidak senonoh.

“Apabila disoal siasat, lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahan melihat wanita seksi.

“Susulan penahanan lelaki itu, polis merampas telefon bimbitnya untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Bagaimanapun Suffian berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah.

Beliau berkata, lelaki itu kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan atau kelucahan melampau.

Disiarkan pada: October 31, 2018 @ 5:26pm
d