utama

AS dakwa Jho Low

Oleh Reuters

PENDAKWA raya Amerika Syarikat (AS) mengemukakan pertuduhan jenayah terhadap Low Taek Jho dan dua bekas ahli perbankan Goldman Sachs berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pendakwa raya berkata, bekas rakan niaga Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner sudah mengaku bersalah terhadap tuduhan konspirasi menggubah wang haram, tuduhan konspirasi melanggar Akta Amalan Rasuah Asing dan bersetuju mengambil wang sebanyak AS$43.7 juta (RM182.32 juta).

Sementara itu, seorang lagi bekas ahli perbankan Goldman, Roger Ng ditahan di Malaysia, katanya.

Bagaimanapun, individu ketiga, Jho Low masih bebas.

Pihak berkuasa Malaysia percaya Low dipercayai berada di China.

Peguam untuk Leissner dan Low gagal dihubungi untuk ulasan. Setakat ini, siapa peguam yang mewakili Ng masih tidak diketahui.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan syarikat itu dengan Low memainkan peranan penting.

Bagaimanapun, Najib tegas menafikan sebarang salah laku berhubung tuduhan rasuah 1MDB.

Dana sebanyak AS$4.5 bilion disalahgunakan daripada 1MDB oleh beberapa pegawai kanan syarikat itu serta rangkaian mereka, menurut dakwaan Jabatan Keadilan AS.

Disiarkan pada: November 2, 2018 @ 12:23am
d