utama

Apa dah jadi dengan budak sekarang?

Oleh Junita Mat Rasid

REMAJA berusia 13 tahun ditahan selepas disyaki meliwat kanak-kanak berusia lima tahun yang dijaga ibunya yang juga pengasuh mangsa, dalam kejadian di Taman Saujana, dekat Pontian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, remaja itu ditahan di rumahnya selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada 9.47 pagi semalam.

“Ibu mangsa memaklumkan anaknya mengadu diliwat anak pengasuh yang menjaganya. Susulan daripada laporan itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Pontian menahan remaja lelaki berusia 13 tahun itu.

“Hasil siasatan awal, suspek mendedahkan meliwat mangsa di rumahnya di Taman Saujana ketika ibu suspek yang juga pengasuh mangsa tiada di rumah,” katanya dalam satu kenyataan, di Pontian, hari ini.

Mustafa Bakri berkata, suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: November 15, 2018 @ 2:26pm
d