utama

Tuah lidah lembut

Oleh Agensi

Beijing: Seorang budak lelaki Kemboja yang menjadi popular di Internet selepas satu video menunjukkan dia boleh bercakap sekurang-kurangnya 12 bahasa, kini dijemput untuk lawatan tiga hari di Beijing, lapor media Kemboja.

Stesen televisyen Kemboja, K01.news melaporkan, syarikat itu akan membayar kos membawa budak itu dan keluarganya ke Beijing dan akan menemubualnya secara langsung.

Lapor stesen itu lagi, Palang Merah Kemboja pula akan menaja pelajaran adik-beradik budak berkenaan, yang dilaporkan dikenali dengan nama Thaksin atau Thuch Salik.

Budak lelaki yang usianya tidak diketahui itu yang menjual pelbagai cenderamata dirakam bercakap dalam 12 bahasa asing dan memberitahu dia belajar daripada pelancong yang ditemuinya.

Dia boleh bercakap dalam bahasa Korea, Perancis, Sepanyol, Melayu dan Filipina.

Video asal budak itu ditonton lebih satu juta kali dan dikongsi oleh banyak portal berita di China.

Satu laman di Weibo bertajuk ‘Budak lelaki Kemboja mahu belajar di universiti di Beijing’ dikunjungi lebih tujuh juta pengguna media sosial di China itu.

“Sekiranya budak itu ditemu bual media Jepun, mungkin dia memberitahu mahu belajar di Universiti Tokyo dan jika ditemu bual media Korea Selatan mungkin dia mahu ke Universiti Seoul.

“Mungkin dia mahu pergi ke Universiti Teknologi Nanyang di Singapura sekiranya bertemu dengan media negara itu,” kata seorang pengguna.

Disiarkan pada: November 18, 2018 @ 7:02am
d