utama

[UPDATE] Suami pengasuh Zara didakwa [METROTV]

Oleh Sarah Zulkifli

TUKANG gunting yang juga suami pengasuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau Zara, yang didera fizikal dan seksual, hingga maut, didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini, atas pertuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian mangsa.

Tertuduh, Hazmi Majid, 36, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas bayi perempuan itu di rumah di Apartment Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara 10.30 pagi dan 1.30 petang, 7 November lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika disabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah menetapkan 17 Januari ini sebagai sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa.

Sebelum ini, NSTP melaporkan, Zara meninggal dunia pada 9 November lalu selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor.

Bayi dilahirkan pada 10 Disember 2017 itu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya selepas pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan dan dubur mangsa.

Berita berkaitan:

  • Suami pengasuh Zara disambung reman [METROTV]
  • Mengaku mandikan, tukar pakaian Zara
  • 'Saya percaya dia sebab dia nampak baik'
  • 'Kenakan hukuman setimpal' [METROTV]
  • 'Tak sangka anak dijaga suami pengasuh'
  • Suami pengasuh direman 5 hari
  • 'Hukuman berat perlu dikenakan'
  • Pecah tempurung kepala bayi
  • Disiarkan pada: November 23, 2018 @ 12:14pm
    d