utama

Tiga sekeluarga rentung

Oleh Wan Faizal Ismayatim

TIGA sekeluarga ditemui rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Junkon, dekat Menumbok di Kuala Penyu, hari ini.

Dalam kejadian 1.15 pagi itu, mangsa yang rentung ialah Yunir Suhud 80; anaknya, Ismail, 45, serta wanita, Saadah Mumin, 70.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, bomba menemui mayat dua mangsa di bahagian depan pintu utama dan satu lagi mayat dalam sebuah bilik.

Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 1.20 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 45 kilometer dari balai.

“Kebakaran membabitkan semua rumah jenis tidak kekal dan kebakaran dapat dikawal pada jam 2.16 pagi.

“Mayat pertama ditemui pada jam 2.24 pagi, disusuli mayat kedua pada jam 2.34 pagi, manakala mayat terakhir ditemui pada jam 4.30 pagi.

“Operasi ditamatkan pada jam 6.13 pagi manakala punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: November 25, 2018 @ 8:16am
d