utama

'Saya bukan pondan...'

Oleh Norhadiani Baharom

KISAH duyung secekak yang diterbitkan akhbar Metro Ahad, pada 25 November yang lalu, bukan saja tular bahkan jantina wanita dikenali sebagai Beby Maembong itu, menjadi pertikaian netizen yang menuduhnya pondan.

Walhal, Beby Maembong yang juga kakak kepada seorang aktres popular, sudah pun menjelaskan statusnya sebagai ibu beranak empat.

Malah ada antara netizen yang mengecam pengusaha bengkung Slimdollz itu kerana menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

“Entahlah saya pun tak faham apa masalah netizen ini. Dari dulu lagi mereka tidak percayakan yang saya ini seorang wanita.

“Bukan sekadar wanita tapi isteri dan ibu kepada empat orang cahaya mata. Anak kandung ya bukan anak angkat!

“Tak tahulah tang mana yang dikatakan pondan? Nak kata ada halkum, sila periksa memang tak ada!

“Adakah kerana sebahagian sahabat saya, golongan lelaki lembut sehinggakan mereka tidak boleh membezakan bahawa saya ini wanita?,” ujar Beby.

Ditanya, apakah kebarangkalian penampilan dramatiknya sebagai duyung membuatkan netizen keliru status jantinanya, Beby Maembong atau nama sebenarnya, Nurulaini Ismail, 29, berkata, solekan sebegitu hanya dilakukan untuk tujuan fotografi saja.

“Bersolek tebal adalah perkara biasa lebih-lebih untuk tujuan fotografi atau penggambaran. Bagaimanapun penampilan seharian saya rasanya tidaklah mengenakan solekan yang keterlaluan.

“Kadang bila orang perempuan cuba menjaga penampilan wajah dan tubuh badan mereka, ada pula yang menganggap pondan kononnya terlalu sempurna atau erti kata lain bikin body!

“Saya maafkan mereka (netizen) semua. Biar sejuta kali pun saya membuat penafian bahawa saya bukan pondan, tapi kalau negativity sudah tertanam di minda mereka, begitulah tanggapan mereka selamanya. Jadi biarkanlah!,” katanya.

Disiarkan pada: November 28, 2018 @ 6:41pm
d