utama

Doa ibu dan ayah Zahirah...

Oleh Sudirman Mohd Tahir

IBU pelakon Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff, 43, seakan merestui hubungan anaknya dengan pelakon Aiman Hakim Ridza.

Maslinda menerusi Instagram Story mendoakan semoga hubungan yang baru terjalin itu kekal hingga ke jannah.

“Semuanya Allah yang aturkan. Mama dan ayah doa semoga kekal hingga ke jannah,” tulisnya.

Sementara itu, Zahirah yang juga pelakon drama Jangan Benci Cintaku turut memuat naik semula status ibunya beserta keterangan terima kasih Ma.

“Alhamdulillah. Terima kasih Ma. Sayang Ma selamanya. Jumpa nanti,” katanya.

Sebelumnya, Zahirah memuat naik status di Instagram yang memberi bayangan hubungannya dengan Aiman baru bermula.

“Sekarang dan selamanya, Insya Allah,” tulisnya.

Status yang dimuat naik pagi tadi itu mendapat hampir 5,000 komen dan hampir 140,000 ‘like’.

Berita berkaitan:Zahirah-Aiman hangat bercinta

Disiarkan pada: December 3, 2018 @ 4:39pm
d