utama

Letupan gegarkan CityONE Kuching [METROTV]

Oleh Wartawan NSTP

PEKERJA cedera dalam kejadian letupan di sebuah premis perniagaan dalam pusat beli-belah CityONE di Kuching kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Difahamkan, premis perniagaan terbabit dalam proses pengubahsuaian ketika kejadian berlaku.

Kejadian turut menyebabkan beberapa premis perniagaan mengalami kerosakan teruk.

Berdasarkan pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), letupan berlaku berikutan kebocoran pada saluran gas.

Disiarkan pada: December 4, 2018 @ 4:28pm
d