utama

'Saya dah cukup bersyukur...'- PM

Oleh Ahmad Suhael Adnan

TUN Dr Mahathir Mohamad tidak akan menghadiri perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara, hari ini.

Perdana Menteri berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana beliau sudah ‘cukup bersyukur’.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga secara sinis berterima kasih kepada ‘satu juta orang’ yang menghadiri himpunan berkenaan untuk menyatakan kesyukuran kepada kerajaan.

“Saya dah cukup bersyukur dah. Saya buat satu keputusan yang baik (tidak ratifikasi ICERD.

“Saya bersyukur saya boleh buat keputusan yang terbaik,” katanya dalam nada sinis, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, hari ini.

Ketika ini, peserta perhimpunan mula memenuhi beberapa lokasi di ibu negara, mahathir antaranya di hadapan kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid Jamek.

  • Lagi berita berkaitan Perhimpunan ICERD
  • Disiarkan pada: December 8, 2018 @ 3:46pm
    d