utama

Enam maut dalam kebakaran [METROTV]

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

ENAM orang meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, Jelapang, dekat Ipoh, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan pada 1.55 tengah hari.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati kira-kira 40 peratus premis berkenaan sedang terbakar.

“Terdapat enam mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan).

“Operasi pemadaman sedang dijalankan,” katanya.

Operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Khamis Harun.

Difahamkan, Timbalan Pengarah JBPM negeri, Sayani Saidon, turut berada di lokasi.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: December 11, 2018 @ 3:44pm
d