utama

Liwat budak: Remaja 15 tahun direman [METROTV]

Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

REMAJA lelaki direman seminggu bagi membantu siasatan kes liwat kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Alor Gajah, Khamis lalu.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi mengeluarkan perintah reman terhadap remaja berusia 15 tahun itu, bermula hari ini hingga Sabtu depan.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa membuat laporan polis selepas mangsa mengadu suspek yang juga anak kepada pengasuh melakukan perbuatan itu, selepas mengambilnya di rumah pengasuh berhampiran, 3.30 petang, Khamis lalu.

Mangsa dijaga pengasuh sejak berusia tujuh bulan.

Hasil siasatan polis mendapati, kejadian berlaku di bilik dan tandas di mana mangsa disuruh berdiri menghadap dinding oleh suspek.

Disiarkan pada: December 16, 2018 @ 3:50pm
d