utama

TERKINI: 168 orang terkorban...

JAKARTA: Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 168 orang.

Ketika ini, agensi berkenaan dipetik AFP turut memaklumkan seramai 745 orang cedera, manakala 30 lagi masih hilang.

Sementara itu, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, ratusan bangunan musnah apabila tsunami melanda tanpa amaran di pantai selatan Sumatera dan pantai barat Jawa pada jam 9.30 malam (waktu tempatan).

Katanya, pasukan penyelamat mengejar masa menggeledah sisa runtuhan bangunan bagi mencari mangsa yang terperangkap.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah daerah Pandeglang di bahagian hujung barat Pulau Jawa di mana sekurang-kurangnya 33 orang dilaporkan maut dan 491 lagi cedera.

Jentera berat juga dibawa ke lokasi terjejas untuk mencari mangsa.

Seorang anggota penyelamat di wilayah Banten, Abu Salim berkata, kebanyakan mangsa yang cedera mengalami patah pada anggota badan. - Agensi

Lagi berita berkaitan Tragedi Tsunami Sunda

Disiarkan pada: December 23, 2018 @ 3:13pm
d