utama

Tersadai lepas isi minyak

Oleh Hasbi Sidek

HAMPIR 30 kenderaan tersadai berhampiran Kilometer 7, dekat Lebuhraya Sungai Besi, dekat Serdang, sejak 7 pagi hari ini.

Semua kenderaan berkenaan difahamkan mengalami masalah enjin dan mati secara mendadak selepas mengisi minyak di stesen minyak di lebuh raya berkenaan.

Kejadian ini turut tular di laman sosial mendakwa tangki simpanan petrol di stesen minyak itu dikatakan sudah bercampur dengan diesel, malah ada juga yang mendakwa ia dimasuki air.

Insiden berkenaan bagaimanapun mendapat respons pantas daripada pihak syarikat stesen minyak berkenaan dan memberi bantuan menunda kenderaan yang terjejas.

Maklumat lanjut mengenai kejadian sedang diperoleh dari mangsa, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pengusaha stesen minyak terbabit.

Disiarkan pada: December 28, 2018 @ 12:39pm
d