utama

Dua beradik dikhuatiri lemas

Oleh Hazira Ahmad Zaidi

DUA beradik dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Kelantan di Kampung Hujung Galok, Pasir Mas, hari ini.

Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Zulfitri Nor Zahri, 11, dan Nur Afifah Nor Zahri, 8.

Bagaimanapun, sehingga 9.30 malam ini, mangsa masih gagal ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohamad Nazri Ab Wahab, berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.04 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan, Adnan Mohd Juri, menjalankan operasi mencari mangsa namun masih belum dijumpai.

"Kami terpaksa menangguhkan operasi pada 7.30 malam sehingga pagi esok kerana keadaan gelap yang menyukarkan pasukan penyelam untuk mencari mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pihaknya masih belum menerima maklumat penuh berhubung kejadian ini.

"Pihak bomba berharap dua beradik ini dapat dijumpai segera," katanya.

Disiarkan pada: December 29, 2018 @ 10:07pm
d