utama

Zaaim juara Mentor 7

Oleh Najiy Jefri

SELEPAS sembilan minggu berentap, Zaaim yang juga protege kepada penyanyi Siti Nordiana dinobatkan sebagai juara program realiti Mentor 7 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam ini.

Kemenangan itu melayakkan Zaaim atau nama sebenar Zaaim Abduah membawa pulang sebuah kereta tajaan Aerocar dan hadiah wang tunai RM80,000 serta trofi.

Tempat kedua dimenangi protoge kepada Aizat iaitu Pasya dengan membawa pulang wang tunai RM40,000.

Manakala tempat ketiga disandang Azmarul yang iaitu protege kepada Hafiz menerima wang tunai RM20,000.

Tempat keempat dimenangi protoge kepada Datuk Syafinaz iaitu Ranisha dengan membawa pulang RM10,000.

Terdahulu, setiap finalis dikehendaki mempersembahkan dua lagu iaitu secara solo serta berduet dengan artis jemputan.

Zaaim bersama Lan Solo berduet dalam lagu Gemuruh. Dia kemudian secara solo menyampaikan lagu Bukan Rayuan Gombal.

Azmirul bersama Ernie Zakri berduet Bagaikan Sakti diikuti persembahan solo Laksamana Raja Di Laut.

Ranisha pula berganding dengan Siti Sarah dalam lagu Beribu Sesalan. Dia kemudian menyampaikan lagu Listen secara solo.

Manakala Pasya berduet dengan Jaclyn Victor menerusi lagu Bohemian Rhapsody dan lagu solo Bunga Bunga Cinta.

Turut memeriahkan pentas final Mentor 7 adalah ratu rock Malaysia, Ella selain turut dimeriahkan dengan persembahan Nabila Razali dan Khai Bahaer.

Disiarkan pada: December 30, 2018 @ 11:45pm
d