utama

Elfira Loy selamat bernikah

Oleh Najiy Jefri

PELAKON Elfira Loy selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar, pada pagi hari pertama tahun baharu 2019.

Dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, majlis yang bermula 9 pagi hari ini itu berlangsung dalam majlis tertutup di Cyberjaya.

Elfira sempat berkongsi berita pernikahannya apabila memuat naik gambar di Instagram berserta keterangan Alhamdulillah, 11 pagi tadi.

Perkongsian Elfira itu diiringi ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Pasangan itu terlebih dahulu bertunang dalam satu majlis tertutup pada September lalu.

Difahamkan majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 5 Januari ini di ibu negara.

Disiarkan pada: January 1, 2019 @ 12:54pm
d