utama

Comelnya Tun M, isteri 'selfie'... [VIDEO]

Oleh Ridhatul Rizki

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencuit hati netizen menerusi video cubaan ‘selfie’ bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah yang dimuat naik di Facebook Kelab Che Det, semalam.

Dalam video berdurasi 9 saat berkenaan, Dr. Mahathir cuba mengambil gambar bersama isterinya, namun Dr. Siti Hasmah tidak kelihatan dalam kamera.

“Tak nampak...cuba berdiri,” kata Dr. Mahathir kepada isterinya sebelum Dr. Siti Hasmah bangun.

Video yang sudah dikongsi sebanyak 1,500 kali itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan itu.

Pengguna Facebook dengan nama RaiMee Abadeen menulis di ruangan komen, “Ada benda yang saya tak berapa setuju dengan Tun M, tapi setiap kali ada video Tun M ‘and wife’ saya sungguh terharu, sepasang suami isteri telah ditemukan bahagia sampai lanjut usia... semoga Tun M ‘and wife’ sihat selalu. Amin.”

Pengguna Facebook, Ayu Marliana pula berkata, gelagat Dr. Mahathir dan isterinya sangat comel.

“Ala comelnya wira dan wirawati negara...semoga murah rezeki saya nak jumpa mereka berdua... ‘love you’ Tuns,” katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut memuat naik hasil cubaan ‘selfie’nya bersama isteri di Instagram miliknya, @chedetofficial, dengan keterangan ‘One for the new year’, semalam.

Menurut pengguna Instagram @theemylyaasri, suami isteri ini adalah pasangan kegemaran rakyat Malaysia.

“‘Favorite Malaysian couple’. Hidup Tuns!” katanya.

Pengguna Instagram @faeyzashariff pula menulis, “‘So sweet so cute’.”

Disiarkan pada: January 5, 2019 @ 11:37am
d