utama

Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]

Oleh Mohamed Basyir

SEBUAH kereta dipercayai tercampak ke dalam laut berhampiran Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, kenderaan terbabit dipercayai terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Vios sebelum tercampak ke dalam laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang ketika menghala ke Seberang Perai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, Toyota Vios terbabit remuk di hadapan dan belakang, ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, katanya, ketika kejadian saksi mendakwa ada sebuah lagi kenderaan terjunam ke dalam laut.

“Kita bekerjasama dengan polis marin bagi misi mencari dan menyelamat.

“Bot digunakan di lokasi kejadian untuk mencari kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

Disiarkan pada: January 20, 2019 @ 10:59am
d