utama

'Kami tak kisah, #standwithPalestine'

Oleh Wartawan NSTP

KEPUTUSAN Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) melucutkan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 'disambut' dengan penyatuan rakyat Malaysia yang 'menyerang' Facebook (FB) Paralympic Games pada komen berita mengenai keputusan berkenaan.

Hampir semua komen pada berita itu datangnya dari rakyat Malaysia yang tidak peduli dengan keputusan berkenaan dan menyokong keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan Putrajaya tetap dengan pendirian tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada kejohanan itu yang sepatutnya berlangsung di Kuching, Sarawak antara 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Antara reaksi rakyat Malaysia yang memenuhi ruang komen berita keputusan berkenaan adalah 'I am Malaysian #standwithPalestine', 'we don't care', 'Shame on you shame on you!!', 'Proud with Malaysia' dan 'Dalam isu ni.. rakyat bersama dengan kerajaan Malaysia.. menyokong penuh keputusan dibuat oleh kerajaan Malaysia'.

Sehingga 9 malam ini, berita keputusan itu di akaun FB Paralympic Games mencatat lebih 7,000 komen yang hampir semuanya menyokong Malaysia, tanah tumpah darahku.

Berita mengenai keputusan itu yang disiarkan di FB Harian Metro turut menerima komen menderu-menderu daripada netizen yang semuanya menyokong keputusan Dr Mahathir tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada kejohanan berkenaan.

Berita berkaitan

'IPC batal hak penganjuran Malaysia'

Disiarkan pada: January 27, 2019 @ 9:19pm
d