utama

Tahniah buat empat atlet negara

Oleh BERNAMA/EJ

TAHNIAH dan semoga mencetus semangat baru buat empat atlet Malaysia.

Itulah dapat diperkatakan selepas atlet akuatik negara yang juga anak jati Kuala Lumpur, Nur Dhabitah Sabri dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW).

Tiga atlet lagi iaitu Jabriella Teo Samuel, Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat dan Nur Ain Nabilah Tarmizi dianugerahkan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Pencapaian terbaik Nur Dhabitah adalah apabila mendapat tempat kelima pada Sukan Olimpik, satu pingat perak dan dua gangsa pada Sukan Asia dan dua gangsa pada Sukan Komanwel serta pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Wilayah Persekutuan 2017.

Mereka menerima kurnia daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) kepada 200 penerima sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara.

Disiarkan pada: February 19, 2019 @ 4:26pm
d