utama

5 selamat, 6 dikhuatiri lemas

Oleh Poliana Ronnie Sidom

LIMA selamat, manakala enam lagi dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di perairan berhampiran Pulau Nunuyan dekat Sandakan, semalam.

Semua mangsa dipercayai warga negara jiran dalam pelayaran dari Pulau Taganak menuju ke bandar Sandakan sebelum bot dinaiki terbalik akibat laut bergelora menyebabkan mereka tercampak kira-kira jam 6 petang, semalam.

Lima mangsa diselamatkan pasukan keselamatan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Enam lagi yang hilang dipercayai termasuk tekong bot dan seorang bayi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) akan mengadakan sidang media berkaitan kejadian itu petang ini.

Disiarkan pada: March 1, 2019 @ 5:39pm
d