utama

Laman web HM terus unggul

Oleh Mohd Rizal Abdullah

SELEPAS mendominasi carta pilihan portal berita di Malaysia pada 2018 menerusi kategori berita dan maklumat, laman web Harian Metro (HM) terus mencatatkan pelayar unik (UV) tertinggi sepanjang Januari berdasarkan statistik terbaru dikeluarkan firma pengukur dunia digital ComScore Inc.

Berdasarkan laporan itu, laman berita HM yang boleh dilayari menerusi www.hmetro.com.my mencatat 5.3 juta UV sepanjang Januari lalu.

Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjungi laman web menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.

Secara purata sepanjang 2018, laman web HM mencatatkan 4.037 juta UV sebulan, ini diikuti dengan Berita Harian dengan purata 3.94 UV sebulan dan The Star dengan purata 3.87 UV sebulan.

Selain itu, segmen video HM, MetroTV yang kini mempunyai lebih 255, 989 langganan pengguna di YouTube.

Bagi laman sosial, peminat Facebook (FB) Harian Metro kini mencatatkan lebih 4.9 juta ‘likes’, manakala pengikut 4.9 juta, Twitter rasmi HM diikuti lebih 874,000 pengguna dan Instagram 336,000.

HM turut mempunyai akaun Twitter lain mengikut kawasan iaitu @hmutara bagi berita di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, @hmtengah (Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan), @hmtimur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), @hmjohor (Johor), @hmsarawak (Sarawak) dan @metrosabah (Sabah).

Sementara itu, tiga lagi akaun Twitter yang fokus kepada berita dunia, sukan dan teknologi iaitu @GlobalHM, @ArenaHM dan @TekLabHM turut mencatatkan peningkatan pengikut.

Disiarkan pada: March 5, 2019 @ 8:29pm
d