utama

'Budak kerbau' Mohd Syukur masuk wad kecemasan

Oleh Helmy Abd Rahman

‘BUDAK kerbau’, Mohd Syukur Khamis, 14, dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira 9 malam ini selepas terjatuh ketika bermain dengan kerbaunya, petang tadi.

Mohd Syukur yang juga dikenali ‘Mowgli Malaysia’ dikatakan terjatuh ketika melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke seekor kerbau lagi.

Sumber berkata, akibat insiden kira-kira 7 petang itu, Mohd Syukur termuntah sebanyak tiga kali sebelum dikejarkan ke HSNZ.

“Ketika ini dia sedang menjalani pemeriksaan bagi mengesan sebarang kecederaan yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro, malam ini.

Berita berkaitan

Kerbau macam rakan saya - Mohd Syukur [METROTV]

Tuah gambar 'Mowgli Malaysia'

Syukur 'The Kampung Boy' bintangi telefilem

'Mowgli Malaysia' turun padang jumpa peminat

Disiarkan pada: March 9, 2019 @ 10:45pm
d