utama

Boeing 737 terhempas di Ethiopia

Oleh Agensi

PESAWAT Boeing 737 Ethiopian Airlines membawa 149 penumpang dan lapan anak kapal terhempas enam minit selepas berlepas dari Addis Ababa, Nairobi, hari ini.

AFP melaporkan sehingga kini, pihak berkuasa belum mengumumkan jumlah kematian atau kecederaan dalam kejadian itu namun Perdana Menteri Ethiopia sudah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Menurut Reuters, pesawat itu terhempas dekat bandar Bishoftu, 62 kilometer dari Addis Ababa.

“Kami mengesahkan pesawat penerbangan ET 302 dari Addis Ababa ke Nairobi, Kenya, terbabit dalam kemalangan hari ini.

“Pesawat itu membawa 149 penumpang dan lapan anak kapal,” kata kenyataan syarikat penerbangan itu.

Menurut AFP, operasi mencari serta menyelamat sedang dilakukan dan tidak dapat mengesahkan mengenai ada mangsa terselamat atau terbunuh.

Pesawat berlepas pada 8:38 pagi waktu tempatan (0638 GMT) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole sebelum terputus hubungan enam minit kemudian.

Disiarkan pada: March 10, 2019 @ 5:32pm
d