utama

Maut disambar petir

Oleh Siraj Mohd Zaini

SEORANG lelaki warga Myanmar meninggal dunia manakala tiga lagi rakannya cedera selepas disambar petir dalam satu perlawanan bola sepak di padang di Setia Alam, Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 5.13 petang yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Rohimullah, berusia 30 tahun dan mangsa yang koma adalah Abdul Rahman Abul Hussin, 30.

"Dua lagi rakan mangsa iaitu Kamaluddin Abu Tahir, 30 dan Hussein Ahmad Asod Ali, 20 masih belum dikenal pasti kecederaan mereka.

"Semua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya.

Disiarkan pada: March 10, 2019 @ 6:40pm
d