utama

260 lagi terjejas gas kimia [METROTV]

Oleh Mohd Sabran Md

SERAMAI 260 individu termasuk murid dan pelajar di dua lagi sekolah dipercayai terhidu gas kimia selepas mengalami hidap simptom sesak nafas, pening, loya dan muntah, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, mangsa terbaru membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort dan murid Sekolah Rendah (SK) Tanjung Puteri Resort.

“Sekarang ini seramai 260 individu sedang menerima rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang akibat pencemaran,” katanya pada sidang media di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz.

Beliau bagaimanapun enggan mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan ada pihak lain akan mengumumkannya.

“Di peringkat kerajaan negeri saya tidak boleh bagi kenyataan,” katanya ringkas sebelum meninggalkan dewan itu sebaik meluangkan masa 15 minit.

Sementara itu, rekod Dewan Komuniti Taman Pasir Putih mendapati, 102 pelajar SMK Tanjung Puteri Resort dan selebihnya mangsa dari SK Tanjung Puteri Resort serta orang awam.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Disiarkan pada: March 12, 2019 @ 3:56pm
    d