utama

Agong dimasyhur Canselor UiTM

Oleh BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

Istiadat pemasyhuran berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor di kampus induk UiTM di Shah Alam.

Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada Sultan Abdullah oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Maszlee semasa membaca watikah pemasyhuran memaklumkan bahawa Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi Mara 1976 (Akta 173) memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong.

Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 19A (1) Akta berkenaan, Seri Paduka hendaklah mempengerusikan konvokesyen universiti itu.

Disiarkan pada: March 19, 2019 @ 11:54am
d