utama

MB Johor letak jawatan

Oleh BERNAMA

MENTERI Besar Johor Datuk Osman Sapian meletak jawatan semalam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu diumumkan Dr Mahathir pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas itu menyerahkan dua surat peletakan jawatan itu kepada beliau dalam satu pertemuan di Putrajaya semalam, dengan satu daripadanya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Buat sementara waktu, Johor tiada Menteri Besar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan terdapat antara tiga atau empat nama calon untuk menyandang jawatan Menteri Besar Johor.

(Berita lanjut menyusul)

Disiarkan pada: April 9, 2019 @ 6:11pm
d