utama

Laman web HM kekal UV tertinggi

Oleh Mahaizura Abd Malik

LAMAN web Harian Metro (HM) terus mengungguli carta pilihan portal berita di Malaysia apabila mencatatkan pelayar unik (UV) tertinggi sepanjang suku pertama tahun ini.

Berdasarkan statistik terbaharu dikeluarkan firma pengukur dunia digital ComScore Inc, laman web rasmi HM, www.hmetro.com.my merekodkan 15.8 juta pelayar unik (UV) bagi tempoh tiga bulan dengan purata 5.3 juta UV sebulan.

Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjungi laman web menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.

Sementara itu, laman web Berita Harian, www.bharian.com.my pula menduduki tempat kedua dengan mencatatkan jumlah pelayar UV 14.03 juta.

Sepanjang tempoh sama, laman web malaysiakini.com menduduki tempat ketiga apabila merekodkan 11.3 juta UV diikuti thestar.com.my 10.8 juta UV serta sinarharian.com.my (8.9 juta UV).

Disiarkan pada: April 30, 2019 @ 7:23pm
d