utama

Letupan 50m dari hotel [METROTV]

Oleh Tuan Asri Tuan Hussein

WARTAWAN Harian Metro yang menyertai misi Miles of Smiles di Gaza malalui pengalaman mendebarkan apabila sebutir bom serangan tentera Israel meletup kira-kira 50 meter sahaja dari hotel penginapan, hari ini.

Dalam kejadian 6.15 pagi waktu tempatan itu (11.15 pagi waktu Malaysia), terdapat bilik yang rosak terkena serpihan bom.

Tuan Asri Tuan Hussein berkata, dalam tempoh 36 jam lalu, lapan nyawa penduduk Palestin terkorban termasuk bayi berusia 14 bulan.

Episod berbalas serangan berterusan dari Jumaat malam hingga Ahad pagi.

Setakat ini pejuang Palestin melancarkan 250 roket ke arah Israel dan serangan bom itu masih berterusan.

Disiarkan pada: May 5, 2019 @ 12:26pm
d