utama

Anuar Abu Bakar sudah tiada... [METROTV]

Oleh Siraj Mohd Zaini

LAGENDA bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam (HSA), 9 malam tadi.

Perkara itu disahkan laman rasmi Facebook Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Difahamkan, jenazah allahyarham akan dimandikan pagi esok dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 9.30 pagi.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, sejurus selesai disembahyangkan.

Terdahulu, MBSA berjaya mengumpul sejumlah RM33,624 bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi Tabung Lagenda Anuar Abu Bakar sejak ia dilancarkan 27 Mac lalu.

Sumbangan itu diserahkan kepada anak Anuar iaitu Amriq Shah dalam perlawanan bola sepak Liga Super di antara Selangor dan Melaka United di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Berita berkaitan

'Kumpul dana untuk Anuar'

'Tabung Lagenda Anuar Abu Bakar dilancar [METROTV]'

Disiarkan pada: May 6, 2019 @ 11:44pm
d