utama

[TIDAK RASMI] Vivian menang di Sandakan

Oleh Poliana Ronnie Sidom

KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

8 malam: Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee (DAP) terus mendahului dengan 16,012 undi.

Calon PBS, Datuk Linda Tsen Thau Lin pula memperoleh 4,491 undi manakala tiga calon Bebas, Chia Siew Yung (178 undi), Hamzah Abdullah (788 undi) dan Sulaiman Abdul Samat (126 undi).

Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di pusat penjumlahan rasmi undi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua di Sandakan.

6.30 petang: Vivian mendahului dengan 7,565 undi menerusi 45 peti undi.

Linda mendapat 1,917 undi manakala Hamzah dengan 312 undi, Sulaiman mendapat 50 undi dan Chia memperoleh 72 undi.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Sandakan
  • Disiarkan pada: May 11, 2019 @ 6:45pm
    d