utama

Dua cedera, satu hilang [METROTV]

Oleh Hasbi Sidek

SUAMI isteri warga Indonesia cedera ringan, manakala seorang lagi buruh kontrak masih terperangkap dalam runtuhan di tapak pembinaan Terminal Bas Bersepadu Gombak, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, setakat 5.30 pagi tadi, operasi menyelamat mangsa terperangkap masih dijalankan.

"Bomba menerima panggilan 1.13 pagi seterusnya menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju ke lokasi.

"Turut ke lokasi jentera bantuan dari BBP Gombak Selatan dengan kekuatan keseluruhan seramai 46 petugas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, runtuhan membabitkan bangunan dalam pembinaan.

"Pasangan suami isteri warga Indonesia cedera ringan dan sudah dihantar ke Hospital Selayang, manakala seorang lagi yang juga warga Indonesia masih terperangkap.

"Operasi masih diteruskan untuk mengeluarkan mangsa selain operasi mengesan mangsa lain dengan bantuan anjing pengesan,” katanya.

Disiarkan pada: May 23, 2019 @ 6:39am
d