utama

Alhamdulillah, Ainul selamat dibedah...

Oleh Nur Saliawati Salberi

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor selamat menjalani pembedahan.

Ibunya Nurul Erwani Zaidi, 24, melalui status di Instagramnya melahirkan rasa syukur apabila urusan rawatan anaknya yang berusia sembilan bulan dipermudahkan.

Melalui status yang dimuat naik kira-kira 13 jam lalu, dia mengharap agar Ainul Mardhiah cepat sihat dan boleh pulang ke Malaysia.

"Alhamdulillah semua dipermudahkan, Ainul stabil, cepat sihat ya Ainul nanti kita boleh balik Malaysia jumpa kawan-kawan.

"Pertolongan Allah sentiasa ada, teruskan pergantungan pada Allah Ainul, anak mama paling kuat," luahnya di Instagram.

Nurul Erwani turut mengucap terima kasih kepada kumpulan doktor yang berusaha merawat Ainul Mardhiah.

Bapa saudara Ainul Mardhiah yang dikenali sebagai Khairul Izwan melalui ruangan komen di Facebook, turut melahirkan rasa syukur dengan keadaan anak saudaranya itu.

"Alhamdulillah Ainul sudah selamat buat pembedahan, kini Ainul di unit PICU untuk pantau keadaannnya, teruskan mendoakan Ainul," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Ainul Mardhiah
  • Disiarkan pada: June 11, 2019 @ 1:00pm
    d