utama

Bibi Ramjani letak jawatan Presiden KAFA

Oleh Muhamaad Razis Ismail

BIBI Ramjani Ilias Khan melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), hari ini.

Perkara itu diumumkan menerusi laman sosial Facebook rasminya, hari ini.

“Saya Hjh Bibi Ramjani Ilias Khas selaku Presiden KAFA dengan ini melepaskan jawatan saya.

“Semoga KAFA maju jaya di bawah pengurusan baru,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong Kelantan sepanjang memimpin KAFA

“Terima kasih kepada semua penyokong yang tidak pernah putus menyokong Kelantan FA.

“Mohon maaf daripada saya kepada semua sepanjang memimpin KAFA,” katanya.

Usaha untuk mendapatkan komen usahawan wanita itu sedang dilakukan.

Bibi Ramjani menjawat jawatan Presiden KAFA pada September 2017 sekali gus memecah tradisi sebagai wanita pertama memimpin jawatan itu di negeri in.

Usahawan wanita itu sepatutnya memimpin persatuan itu bagi penggal 2017 hingga 2021, namun melepaskan jawatan hari ini dipercayai susulan kemelut dalaman yang berlaku dalam persatuan itu.

Disiarkan pada: June 18, 2019 @ 2:35pm
d