utama

Lebih 45 lagi dapat rawatan

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein dan Nurul Amanina Suhaini

LEBIH 45 murid dan pelajar dari empat sekolah sekitar Pasir Gudang terpaksa dikejarkan ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) selepas mengalami simptom sesak nafas dan muntah, hari ini.

Daripada jumlah itu, lebih 20 daripada mereka dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mereka yang terbabit adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, SK Pasir Gudang 2 (Pendidikan Khas) dan SMK Taman Megah Ria.

Jumlah berkenaan adalah sehingga 10.15 pagi tadi, namun sesi pembelajaran sekolah masih diteruskan dan tiada arahan pengosongan bangunan secara rasmi dibuat.

Sebaliknya, semua murid dan pelajar yang mengalami simptom sudah diarahkan untuk mendapatkan rawatan.

Lagi berita berkaitan Pencemaran Udara Pasir Gudang

Disiarkan pada: June 24, 2019 @ 11:26am
d