utama

Empat maut kereta masuk parit [METROTV]

Oleh Siraj Mohd Zaini dan Amirul Aiman Hamsuddin

EMPAT sekeluarga maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan memasuki parit di Kilometer (KM) 55 Jalan Klang-Telok Intan, Kuala Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, semua yang berada di dalam kenderaan terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Ahmad Awang, 56, Norriyah Mohd Zain, 61, Hayati Mohd Zain, 57, dan Khmisah Salleh, 87.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dari arah Klang menghala ke Telok Intan.

“Kereta dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan dan masuk ke dalam parit menyebabkan semua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, jenazah semua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat pada 4 petang ini.

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 4:24pm
d