utama

Hebat tendangan Hairul Azreen [METROTV]

Oleh Amirul Haswendy Ashari.

“SAYA suka-suka saja buat cabaran ini,” kata pelakon aksi, Hairul Azreen, 31, susulan perkongsian video menyahut cabaran baru dikenali #CabaranPenutupBotol di laman sosial, Instagram (IG) miliknya, semalam.

Hairul ketika dihubungi Harian Metro berkata, cabaran itu dibuat bukan kerana dicabar sesiapa, sebaliknya bagi memenuhi permintaan peminat.

“Dalam IG, semua orang suruh saya buat. Kebetulan tengah lepak, saya cuba buat. Itu pun selepas tiga ke empat kali percubaan, baru menjadi,” katanya.

Katanya, aksi tendangan itu adalah rutin biasa dalam latihan aksinya di gimnasium.

Malah, dia pernah melakukan tendangan ‘target’ sebelum ini.

“Sudah pernah buat tendangan itu (target) sebelum ini, jadi okey lah. Boleh buat!” katanya.

Dalam video dimuat naik pelakon filem Paskal itu, dia dilihat melakukan tendangan sisi membuka penutup botol plastik minuman isotonik.

Cabaran itu mula tular di media sosial seluruh dunia menggunakan tanda pagar #bottlecapchallenge sejak awal minggu ini.

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 10:25pm
d