utama

SPRM tahan Hakim Mahkamah Sesyen

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

HAKIM Mahkamah Sesyen di Kuala Kubu Bharu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang hari ini.

Penahanan hakim terbabit bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membebaskan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sepatutnya dihantar ke Depot Tahanan Imigresen.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengesahkan penahanan hakim terbabit yang berkaitan kes penahanan seorang peguam dan timbalan pendakwa raya serta beberapa anggota polis baru-baru ini.

“Siasatan berkenaan penahanan PATI yang ditahan bagi tujuan pelepasan setelah dibayar.

“Sejumlah wang dirampas semasa tangkapan dibuat,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang timbalan pendakwa raya ditahan SPRM kerana membantu membebaskan sembilan PATI yang sepatutnya dihantar ke Depot Tahanan Imigresen.

Suspek lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Disiarkan pada: July 22, 2019 @ 7:40pm
d