utama

Tiga mesin ATM diletupkan

Oleh Rosman Shamsudin

TIGA mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala, Muallim, dipercayai diletupkan oleh sekumpulan perompak, pagi ini.

Difahamkan, ketiga-tiga mesin itu diletup menggunakan bahan letupan sebelum wang tunai dianggarkan RM300,000 dipercayai dilarikan.

Pintu kaca hadapan bank berkenaan turut didapati pecah dan terdapat kesan tompokan darah dipercayai darah perompak akibat terkena kaca cermin terbabit.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof bersama anggota polis dan forensik ketika ini berada di lokasi kejadian.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: August 12, 2019 @ 9:38am
d