utama

[UPDATE] Pakar Patologi HKL tinggalkan HTJ

Oleh BERNAMA

PAKAR Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama pegawainya dilihat meninggalkan perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), jam 9.25 malam selepas 12 jam berada di hospital itu.

Mereka tiba di HTJ jam 9.05 pagi bagi proses bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemui mati semalam di lurah berhampiran anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya.

Semua doktor berkenaan ketika dihampiri petugas media enggan membuka mulut mengenai proses bedah siasat yang berlangsung lebih 10 jam.

Ketika hujan mulai turun, petugas media dilihat meninggalkan perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ.

Terdahulu, polis dalam sidang media memaklumkan sehingga jam 8.15 malam tadi, proses bedah siasat mayat remaja itu masih diteruskan dan punca kematian belum diketahui.

Bedah siasat dikendalikan Pakar Patologi HKL, Dr Siew Sheue Feng bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJ selain dibantu pakar dari Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.

Disiarkan pada: August 15, 2019 @ 12:01am
d